Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Rang Undang-undang Perbekalan 2022 itu melalui tempoh tiga hari perbahasan dan penggulungan oleh 27 kementerian selepas dibentangkan di Dewan pada 14 Disember.

Rang undang-undang itu yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diluluskan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 13 Disember, sebelum diluluskan di peringkat dasar pada 18 November.

Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju setelah dibahaskan oleh tujuh senator.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini