Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam, wajar disokong dan disifatkan sebagai bajet yang inklusif.

Menurut Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bajet 2022 mempunyai faktor ‘WOW’ seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bakal memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

Sementara itu, Presiden NGO Briged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, pihaknya menyokong pengisian Bajet 2022.

Menurutnya dalam situasi negara masih berperang dengan Pandemik ia dilihat sebagai perkara yang menyokong usaha NGO menyantuni golongan yang terkesan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini