Kerajaan diminta memberi perhatian kepada harga barangan sektor pembinaan, pertanian dan makanan haiwan ternakan yang naik mendadak kebelakangan ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap, ia disentuh ketika sesi pembentangan bajet 2022 yang akan berlangsung 29 Oktober akan datang.

Tambahnya, perubahan harga barangan turut memberi kesan kepada bajet kerajaan negeri yang turut memberi kesan kepada rakyat pada jangka masa panjang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Seremban.

Datuk Seri Aminuddin dalam pada itu turut berharap pembentangan Bajet 2022 akan memberi penggalak kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini