Kerajaan tetap komited untuk memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik, dan dapat memberi kesan limpahan signifikan kepada ekonomi.

Hasrat itu mampu dicapai, menerusi Strategi memacu pelaburan strategik dalam sektor-sektor utama dan mengukuhkan pemboleh pertumbuhan.

Bagi memperkasa daya pemulihan ekonomi negara, 25 juta ringgit disediakan, untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport baharu melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan.

Selain itu, dalam melahirkan lebih ramai PMKS Halal yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa, 25 juta ringgit diperuntukkan kepada Halal Development Corporation untuk melaksanakan pelbagai program termasuk Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS dan program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini