Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara akan mengedarkan secara percuma, kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga akan terus dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO).

Aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.

Ia berikutan baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah mengadakan sesi libat urus dan mengenal pasti masalah ini sebagai satu isu serius.

Dianggarkan 130,000 remaja dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan.

Berhubung segmen kesihatan wanita juga, sebanyak lebih RM11 juta peruntukan disediakan sebagai subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini