Menjelang pembentangan Bajet 2022 Jumaat ini. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap ada khabar gembira untuk kementerian berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, peruntukkan diberikan bagi memudahkan kementerian untuk merangka lebih banyak pelan pemulihan untuk membantu mereka yang terjejas susulan pandemik Covid-19. Antaranya, peruntukan bagi menambah baik pelaksanaan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM, untuk rakyat yang terkesan. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Alor Gajah, Melaka.                  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini