Selepas 7 hari sesi perbahasan dan 4 hari penggulungan oleh kementerian terlibat; Rang Undang-undang Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 diluluskan di peringkat dasar.

Keputusan diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun setelah mendapat sokongan majoriti ahli dewan melalui undi suara.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggulung RUU berkenaan.

Bajet 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” dibentangkan di dewan dengan peruntukan berjumlah 332.1 bilion ringgit.

Ia bersandarkan kepada 3 paksi utama Memperkukuh Pemulihan; Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Peruntukan terbahagi kepada beberapa kategori.

Belanja mengurus diperuntukkan sebanyak 223.5 bilion, belanja pembangunan (75.6 bilion), Kumpulan Wang COVID-19 (23 bilion) dan 2 bilion dikategorikan sebagai simpanan luar jangka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini