Bajet 2022 yang berpaksikan kepada tiga fokus utama akan terus memperkasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin, segala bantuan dan sokongan yang diumum akan sampai kepada golongan sasar terutama yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Bajet itu membolehkan 2022 sebagai tahun pemulihan untuk Malaysia.

Melalui dasar fiskal yang mengembang, ia dirangka bagi memulihkan negara daripada kesan jangka panjang pandemik.

Ini dapat dilihat menerusi peruntukan terbesar iaitu sektor pendidikan dan kesihatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini