Bajet 2022 disifatkan sebagai pembentangan bajet yang mengutamakan rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil sepenuhnya, pembentangan Bajet 2022 adalah yang terbaik dapat dilakukan kerajaan dengan mengambil kira kebajikan rakyat.

Beliau percaya keadaan getir ketika ini yang masih berperang dengan pandemik COVID-19 akan terus diperbaiki dari masa ke masa.

Satu jawatankuasa bertindak diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 dan bajet melalui agensi dan kementerian berkaitan. 

Datuk Eddin menyampaikan sumbangan Hari Deepavali di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini