Menjelang pembentangan Bajet 2022.Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia, MESF meletakkan harapan kerajaan dapat meneruskan agenda pemerkasaan e-sukan secara berfokus menerusi bajet yang akan dibentang nanti.

Jelas Setiausaha Agungnya, Mohammad Nazri Abdul Latiff, ini bagi memastikan negara tidak ketinggalan daripada industri yang mempunyai nilai komersial berbillion-bilion ringgit.

Menurut Nazri, penyaluran peruntukan juga penting bagi pencarian bakat baharu, latihan buat jurulatih dan pemain profesional selain menjalani persiapan menghadapi temasya antarabangsa.

Selain itu, MESF turut melihat ruang dan peluang untuk diterokai khususnya dengan penglibatan institusi pengajian seperti sekolah dan universiti, sokongan pihak swasta dan lain-lain. Sepanjang tahun 2019 hingga 2021 sebanyak RM45 juta telah disalurkan khusus untuk industri ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini