Bajet 2022 mesra anak muda terutama dalam menyiapkan golongan itu dengan kemahiran digital bagi mendepani cabaran ekonomi semasa. Demikian kenyataan ADUN Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad.

Ia secara langsung memperlihatkan kerajaan kekal komited terhadap usaha pemulihan ekonomi melalui pengenalan pelbagai pakej bantuan selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

Justeru, beliau menyeru golongan belia terutama usahawan PKS merebut peluang untuk memantapkan kemahiran selari pembudayaan normal baharu bagi menjana sumber pendapatan. Beliau bercakap kepada pemberita di Ketereh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini