Majlis Olimpik, MOM berharap kerajaan akan memperuntukkan dana kepada sukan-sukan elit menjelang Sukan Olimpik di Paris pada 2024, menerusi Bajet 2022.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya turut memohon dana bagi pembangunan sukan baharu dalam temasya berprestij berkenaan.

Antara sukan tumpuan adalah badminton, terjun dan berbasikal.

Penerokaan sukan-sukan baharu seperti sukan breakdance, memanjat dan meluncur; wajar diberi perhatian.

Selain Paris 2024, Tan Sri Mohamad Norza berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi insentif kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan untuk menganjurkan acara sukan antarabangsa.

Beliau percaya langkah itu akan membantu merangsang ekonomi negara, selain turut menarik bintang-bintang antarabangsa ke Malaysia yang boleh menjadi model peranan kepada generasi muda.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Paralimpik MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memohon peruntukan sebanyak RM5 juta, bagi memastikan kelangsungan atlet-atlet ‘luar biasa’ tanah air di bawah badan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini