Bajet 2022 indikator jelas negara menuju ke arah pemulihan segera industri pelancongan, seni dan budaya.

Demikian jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata jumlah RM1.6 bilion yang diperuntuk membolehkan kementerian terus memainkan peranan memulihkan ekonomi negara.

Datuk Seri Nancy menyeru agar penggiat industri berganding bahu menyokong usaha pemulihan menerusi Bajet 2022 yang turut menyentuh fungsi ekonomi hiliran yang berkait dengan pelancongan.

Pihaknya juga akan memperhalusi peruntukkan diterima bagi memastikan aktiviti pelancongan dan kebudayaan kembali rancak dan menyumbang kepada pendapatan negara.

Dalam Bajet 2022, antara fokus langsung di bawah MOTAC termasuk RM600 juta untuk Pelaksanaan Program Subsidi Upah yang bakal memanfaatkan 26,000 majikan dan 330,000 pekerja.

RM600 juta lagi bagi tujuan pembiayaan khusus sektor pelancongan di bawah PENJANA dan Skim Rehabilitasi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini