Kerajaan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam dijangka dikuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata langkah itu bagi mengiktiraf peranan wanita terutama dalam proses membuat keputusan dan memperkukuh kepimpinan serta keberkesanan lembaga pengarah.

Usaha itu bagi mengangkat martabat wanita sebagai insan begitu istimewa dan patut dihargai sebagai pasangan dunia akhirat.

Sumbangan wanita dalam ekonomi perlu diperkukuh memandangkan 25 peratus daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat awam utama dipegang oleh golongan wanita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini