Kerajaan menaikkan jumlah pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM2,000 bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri sehingga 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia adalah usaha menggalakkan Keluarga Malaysia mengikuti program latihan dan menceburi bidang baharu.

Kepada yang mengambil kursus dengan badan profesional yang diluluskan, mereka layak mendapat pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM7,000.

Kursus profesional yang diluluskan antaranya merangkumi bidang perakaunan, kewangan serta yang berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini