Kerajaan komited untuk terus menggiatkan dan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutama warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Malaysia bakal dikategorikan sebagai negara menua menjelang 2030.

Justeru dalam memastikan setiap warga emas yang memerlukan mendapat sokongan berterusan, bajet kali ini menyediakan lebih RM635 juta dikhususkan untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

Selain itu dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terutama ketika berada di jalan raya dan memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kereta, kerajaan akan memberikan subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga berpendapatan rendah B40.

Bagi tujuan itu, sebanyak RM30 juta disediakan yang dijangka memanfaatkan 188,000 keluarga B40.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini