Inisiatif kerajaaan dalam menjana dan mengekalkan pekerjaan dilihat membantu masyarakat menjana pendapatan sendiri dan bersifat kekal.

Menurut penganalisis ekonomi Profesor Madya Dr. Mohd Yusof Saari, ia menstabilkan keadaan kewangan setiap isi rumah, seterusnya dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Jelasnya, peluang pekerjaan dapat memberi kelangsungan hidup yang lebih baik melalui pendapatan isi rumah yang diperoleh.

Ia termasuk bagi orang ramai yang terjejas pendapatan, juga yang baru memperoleh pekerjaan.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan beberapa inisiatif dalam Bajet 2022 dalam Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan, antaranya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, menggalakkan wanita kembali bekerja dan juga MySTEP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini