Sabah dan Sarawak akan menerima peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing kepada RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu antaranya bagi melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Dalam inisiatif 3, Akses Kemudahan Pengangkutan, beliau berkata penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak ada yang terpaksa menempuh jalan balak dan memakan masa berjam-jam untuk mendapatkan perkhidmatan di pekan berdekatan.

Dalam inisiatif 4 pula, iaitu Infrastruktur Luar Bandar, beliau berkata, sebanyak RM1.5 bilion disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak.

Bagi menggalakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan pula katanya, sebanyak RM10 juta disediakan untuk tujuan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini