Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik COVID-19 memberi kesan kepada ekonomi rakyat termasuk golongan petani. Apa yang diharapkan dalam Bajet 2022 nanti ialah kerajaan dapat meringankan beban dengan meneruskan bantuan sasar buat mereka.

Sekumpulan petani yang mengusahakan tanaman mengunakan teknologi fertigasi di Gua Musang, Kelantan memberitahu sepanjang tempoh pandemik COVID-19, mereka berdepan masalah kekurangan pendapatan kerana bergelut dengan masalah memasarkan hasil pertanian. Mereka turut berdepan kenaikan kos input tanaman seperti baja dan peralatan pertanian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini