Kerajaan akan meneruskan projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peruntukan itu antaranya bagi meneruskan Program Perumahan Rakyat dan bantuan menyelenggara perumahan rakyat.

Kerajaan juga tidak lagi mengenakan cukai keuntungan harta tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun keenam dan ke atas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini