Dalam menyediakan kemudahan jalur lebar terkini kepada Keluarga Malaysia, pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara, JENDELA akan terus dipergiat.

Bagi tahun 2022, Kerajaan menyediakan 700 juta ringgit untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah terutamanya di luar bandar.

Bagi memastikan golongan penduduk di PPR tidak ketinggalan, Kerajaan juga memperuntukkan 30 juta ringgit bagi menyediakan kemudahan internet di 40 PPR sedia ada.

Di samping itu, perkhidmatan 5G akan diperluas kepada 36 peratus daripada kawasan kepadatan tinggi termasuk di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Untuk meningkatkan penerapan digital dalam kalangan PMKS pula, Kerajaan akan menambah baik inisiatif Skim Geran Pendigitalan PKS.

Bagi tahun 2022, jumlah dana bagi skim itu telah dinaikkan kepada 200 juta ringgit dengan 50 juta ringgit, dikhususkan untuk usahawan mikro Bumiputera di luar bandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini