Sebanyak RM1.7 bilion akan disalurkan menerusi subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata antaranya ialah RM1.5 bilion bagi subsidi benih, baja, harga dan pengeluaran padi, termasuk subsidi baja padi huma sebanyak RM40 juta.

Katanya, kerajaan akan terus memacu pemodenan sektor pertanian dalam meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan serta menjana pendapatan lebih tinggi dan menarik lebih ramai generasi muda agropreneur.

Insentif hasil tangkapan nelayan turut disediakan berjumlah RM150 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini