Kerajaan memperuntukkan RM11.4 bilion yang akan disalurkan menerusi pelbagai inisiatif bagi memperkasa agenda Bumiputera.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata daripada jumlah itu, RM6.6 bilion disalurkan bagi kemudahan pendidikan anak Bumiputera di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan Peneraju (PENERAJU).

RM4.8 bilion pula diperuntuk bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN) dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

Bajet 2022 memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diberikan keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum di negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini