Sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2022 bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar selaras dengan usaha mengurangkan jurang antara wilayah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan bagi projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, membabitkan jarak 519 kilometer bagi manfaat lebih 130,000 penduduk.

Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM382 juta untuk bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif yang disasar memanfaaatkan 4,800 rumah.

RM485 juta untuk bekalan elektrik luar bandar yang mensasarkan 2,100 rumah, RM107 juta pula bagi pemasangan 7,000 unit lampu jalan, penyelenggaraan 500,000 unit lampu jalan, naik taraf 20 jambatan uzur dan kerja awal bagi 30 jambatan baharu. Sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini