Kerajaan akan menyediakan subsidi sebanyak RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara untuk penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata selain itu kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bagi menampung sebahagian kos operasi tren kurang ekonomi di luar bandar terutama di Wilayah Timur.

Inisiatif Pas Myrail5 untuk manfaat murid sekolah juga diteruskan.

Peruntukan RM80 juta pula disediakan sebagai dana bantuan sementara bas henti-henti untuk manfaat pengendali bas berkenaan

Dana sebanyak RM115 juta disediakan bagi pas perjalanan bas tanpa rel, tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna Lembah Klang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini