Pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ini bertujuan memanfaatkan setiap usahawan sama ada perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Katanya, dalam mengembali keupayaan perniagaan sebagai strategi pertama, kerajaan sebagai pemudah cara akan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan sektor informal.

Berdasarkan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, akses kepada kemudahan pembiayaan kerap kali dibangkitkan, baik oleh usahawan kecil, mahupun syarikat besar.

Justeru bagi tahun 2022, pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion disediakan di bawah SemarakNiaga.

Skim pembiayaan berkenaan merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan, tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini