Kerajaan menyediakan RM700 juta melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 sekolah terutama di luar bandar pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pelaksanaan inisiatif JENDELA akan terus dipergiat tahun depan, dalam menyediakan kemudahan jalur lebar terkini kepada Keluarga Malaysia.

Bagi memastikan golongan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak ketinggalan, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi menyediakan kemudahan internet di 40 PPR sedia ada.

Perkhidmatan teknologi 5G akan diperluas kepada 36 peratus daripada kawasan kepadatan tinggi termasuk di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, pada tahun depan.

Tengku Zafrul berkata, penyediaan perkhidmatan teknologi 5G bakal melakar landskap teknologi baharu dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan pantas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini