Menjelang pembentangan Bajet 2022, SIRIM berharap Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan Teknologi Masa Hadapan atau Frontier Technologies.

Ia adalah kumpulan teknologi baharu yang menggunakan kelebihan digitalisasi dan penyambungan yang boleh digabungkan bagi memberi impak yang berganda.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, Datuk Dr Ahmad Sabirin, bagi Memangkin Perubahan, SIRIM akan menerajui Kepintaran Buatan (AI), Big Data, Solar Fotovoltan, Blockchain, 3D Printing, dan Nanoteknologi. Katanya, bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut pandemik COVID-19, SIRIM akan terlibat dalam pembangunan vaksin melalui ujian-ujian pra-klinikal.

SIRIM juga akan menerajui bidang peranti perubatan dengan menyokong industri dalam bidang teknologi tinggi bio-perubatan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini