Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik pembentangan Bajet 2022 bagi sektor pertanian.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata program di bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang boleh dimanfaatkan oleh semua ahli peladang berdaftar di bawah Pertubuhan Peladang di seluruh negara.

MADA turut menyambut baik pengumuman pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan yang bernilai RM1.7 bilion.

Bajet 2022 membuktikan keprihatinan kerajaan mentransformasikan sektor pertanian menjadi sektor moden dan dinamik sekaligus menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara.

Setakat ini terdapat seramai 57,635 orang peladang sedang mengusahakan sawah seluas 100, 658 hektar di  27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini