Tujuh inisiatif akan dilaksana tahun depan bagi membantu pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ia melibatkan nilai keseluruhan RM1.6 bilion.

Inisiatif tersebut meliputi pelaksanaan Program Subsidi Upah, khusus kepada pengusaha pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus.

Turut disedia, pembiayaan sebanyak RM600 juta di bawah PENJANA Tourism Financing dan BPMB Rehabilitation Scheme.

Bantuan Khas juga akan diberi kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC, untuk tempoh tiga bulan.

Seterusnya, penyelenggaraan infrastruktur pelancongan.

Pelepasan  khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 1,000 ringgit dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Manakala, pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini