Bajet 2022 memberi tumpuan kepada pemulihan negara menjelang tahun depan.

600 ribu peluang pekerjaan baharu bakal disediakan di bawah program Jamin Kerja dengan peruntukan RM 4.8 bilion.

Menurut Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican, bagi membantu mereka yang terjejas dalam perniagaan, inisiatif Semarak Niaga turut diperkenal.

Bantuan Keluarga Malaysia yang diumumkan bakal memanfaatkan golongan M40 yang kini tergolong dalam kategori B40.

Permohonan dibuka awal tahun depan dengan sejumlah RM 8 bilion diperuntuk khusus bagi isi rumah dengan pendapatan bawah RM 5,000.

Menurutnya,kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi isi rumah daripada kenaikan kos sara hidup seperti  pengecualian cukai jualan kenderaan yang dilanjutkan 6 bulan lagi.

Bagi menampan kenaikan harga komoditi, subsidi bahan api dikekalkan dengan harga siling petrol RON95 berada pada paras 2 ringgit 5 sen. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini