Bakal jemaah haji yang telah selesai menjalani kuarantin selepas dijangkiti COVID-19 masih berpeluang untuk menunaikan haji selagi penerbangan terakhir belum berlepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ujian RT-PCR harus negatif setelah kuarantin dan mereka akan dihantar melalui penerbangan akan datang.

Sebelum ini, tiga orang jemaah haji Malaysia kumpulan pertama disahkan positif COVID-19 selepas melakukan RT-PCR dan perlu menjalani kurantin mengikut tempoh ditetapkan Kementerian Kesihatan (KMM).
 
Ini kerana kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa hanya jemaah yang negatif PCR sahaja dibenarkan tunai haji tahun ini.
 
Datuk Idris turut menyarankan semua jemaah untuk berhati-hati dengan penularan wabak COVID-19 agar mereka tidak terlepas peluang menunaikan ibadah haji.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini