Bermula 4 Februari, pulau percutian Bali di Indonesia akan mula mengalu-alukan kembali pelancong dari semua negara  yang telah divaksin.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan, Luhut Pandjaitan.

Bagaimanapun katanya, pelancong masih perlu melakukan kuarantin antara lima hingga tujuh hari.

Menurut Menteri Pelancongan, Sandiaga Uno, walaupun Bali secara rasmi dibuka kepada pengunjung dari China, New Zealand dan Jepun pada pertengahan Oktober lalu, sejak itu tiada penerbangan terus.

Pembukaan semula itu berikutan pengumuman serupa oleh Thailand dan Filipina, yang menangguhkan pengecualian kuarantin pada bulan Disember kerana ketidakpastian awal mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian Omicron COVID-19.

Keputusan itu dibuat ketika terdapat peningkatan stabil dalam kes COVID-19 di Indonesia bulan ini.

Singapore Airlines Jumaat lalu berkata, ia akan menyambung semula penerbangan ke Bali dari Singapura bermula pada 16 Februari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini