Proses pengundian awal Pilihan Raya (PRU) DUN Sarawak Ke-12 bermula pukul 8 pagi tadi di 85 pusat pengundian membabitkan 23,043 anggota polis dan tentera.

Pusat Pengundian Awal DUN N58 Balingian yang hanya mempunyai empat  pengundi  mencatat 100 peratus keluar mengundi. 

Mereka merupakan anggota polis dari Balai Polis Balingian

Meskipun tidak semeriah pusat pengundian lain, namun mereka tetap bersemangat menunaikan kewajipan mengundi di Pusat Pentadbiran Baru Bahagian Mukah.

DUN N58 Balingian mempunyai 8,704 orang pengundi berdaftar. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini