Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan ‘restu’ kepada Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei untuk berpisah dengan badan induk tersebut.

Malah mereka juga kini dibenarkan mendaftar menyertai kejohanan antarabangsa berkuatkuasa serta-merta sebagai pemain profesional. Pengumuman tersebut dibuat BAM menerusi satu kenyataan selepas mengambil kira rayuan dikemukakan pemain perseorangan lelaki dan wanita negara itu mengikut prosedur rasmi sebelum mencapai keputusan melepaskan mereka.

Kenyataan itu juga menyebut, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menyampaikan keputusan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Penaung BAM, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kemelut membabitkan BAM dengan dua pemain itu selesai selepas mengadakan pertemuan dengan semua pihak di Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Beliau turut mengharapkan sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini