Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membuat penstrukturan semula barisan kejurulatihan serta membuat penilaian prestasi  pemain dalam masa terdekat.

Perkara itu diumum Presidennya,Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Melaluinya, BAM menjangkakan bakal mempunyai barisan pemain yang mampu memberi saingan dalam kalendar kejohanan utama Persekutuan Badminton Dunia BWF pada 2022.

Tumpuan juga diberi kepada tiga kejohanan utama tahun depan iaitu Sukan SEA Vietnam, Sukan Asia Hangzhou dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini