Langkah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menaikkan status Terbuka Malaysia disambut baik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, penaiktarafan yang bermula tahun depan hingga 2026 itu merupakan pengiktirafan besar bagi arena badminton negara.

Bermula tahun depan, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berstatus Super 750 akan dinaikkan ke Super 1000, iaitu peringkat tertinggi dalam kalendar Jelajah Dunia BWF.

Jelas Tan Sri Mohamad Norza, keputusan BWF itu menandakan Malaysia kini setanding dengan kuasa elit badminton di peringkat antarabangsa, bersama dengan All England, Terbuka Indonesia dan Terbuka China.

Bukan itu sahaja, BAM akan menjalin kerjasama dengan penaja utama, Petronas untuk memastikan Terbuka Malaysia lebih berjaya untuk tahun-tahun mendatang. Kejohanan tersebut yang dianjurkan setiap tahun sejak 1937 telah dikategorikan sebagai Super 750 sejak 2018.

Selepas dihentikan akibat COVID-19 sejak dua tahun lepas, Terbuka Malaysia 2022 dijadualkan berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai di Axiata Arena, Bukit Jalil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini