Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk mengasingkan dua sturktur kejurulatihan bagi mengatasi kelemahan dan konsistensi pemain negara.

Keputusan itu dibuat selepas badan badminton itu menganalisis pencapaian skuad negara dalam beberapa kejohanan musim ini.

Sebelum ini satu post mortem telah dibuat oleh Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan BAM berikutan kegagalan skuad negara dalam beberapa kejohanan utama, termasuk di Kejuaraan Dunia yang berakhir minggu lalu.

Dalam penstrukturan baharu itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata dua kategori kejurulatihan dipecahkan iaitu Perseorangan elit dan Beregu Elit.

Perseorangan Elit akan diketuai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan iaitu Wong Choong Hann manakala bagi Beregu Elit pula ia akan diketuai oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

Sebelum ini terlalu banyak struktur kejurulatihan yang ada dalam BAM, sekali gus menyebabkan kurangnya fokus ketika sesi latihan serta kekurangan latihan mental terhadap pemain negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini