Pembangunan industri buluh negara terus diperkukuh menerusi penubuhan Bamboo One-Stop Centre.

Berperanan sebagai pusat maklumat dan rujukan kepada usahawan buluh tempatan, inisiatif Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ini bakal memperkasa industri hiliran buluh yang bernilai tinggi.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pusat sehenti itu akan mula dibina di Tadom Hill Resort, Banting menjelang bulan depan, dengan kos 2 juta ringgit.

Tambahnya, nilai eksport produk buluh berjumlah 8.2 juta ringgit, dengan permintaan pasaran tempatan masih belum dipenuhi sepenuhnya. 

Setakat ini, terdapat 577 usahawan buluh merangkumi industri papan buluh, pembinaan, tekstil, perladangan dan arang buluh.

Bagi menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera, peruntukan RM1.2 juta turut disediakan, selain bantuan RM10,000 bagi setiap hektar penanaman buluh dan pemberian percuma benih dan anak pokok buluh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini