Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) segera menangani insiden ban pecah yang berlaku di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang di Kuala Langat, Selangor, hari ini.

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS, Ir. Azmi Ibrahim, pihaknya segera menutup kawasan tersebut dan akan memperbaiki ban secepat mungkin.

Jelas beliau, dua jentolak sudah digerakkan bagi melaksanakan kerja-kerja awal.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memberitahu, anggotanya telah berada di lokasi dan bersedia untuk sebarang kemungkinan dengan kekuatan seramai 8 anggota serta aset-aset diperlukan.

Para penduduk turut bersedia menerima arahan pihak keselamatan untuk sebarang kemungkinan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini