Bancian ke atas pesawah yang mengalami kerosakan padi akibat banjir kilat khususnya di Wilayah 3 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Pendang sedang dijalankan.

Kerosakan dianggarkan melibatkan kawasan seluas 370 hektar atau 60 peratus daripada keseluruhan 619.4 hektar.

Jelas Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman pihaknya akan memohon bantuan daripada Tabung bencana Tanaman padi selepas bancian dijalankan.
 
Pesawah memerlukan kira-kira 2,600 beg benih padi baharu untuk tujuan penanaman semula padi yang rosak.

Beliau ditemui selepas lawatan dan taklimat bersama pihak pengilang di Kilang Benih Padi di Simpang Empat Alor Setar

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini