Bandar Hamilton, Nilai, Negeri Sembilan bakal menyediakan kira-kira 740,000 peluang pekerjaan untuk penduduk di kawasan sekitar.

Sasaran peluang pekerjaan baharu menjelang 2045 merupakan daripada aktiviti pelaburan serta pembangunan sektor perindustrian berteknologi tinggi dalam pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin, bandar yang merupakan sebahagian daripada koridor pembangunan MVV 2.0, itu menjadi pelengkap kepada kluster industri.

Pembangunan Bandar Hamilton di kawasan 1,101 hektar membabitkan pembangunan empat fasa berbeza.

Fasa Satu, Dua dan Empat akan difokuskan untuk aktiviti perindustrian sederhana, manakala Fasa Tiga dibangunkan khusus untuk perindustrian ringan.

Projek pembangunan Bandar Hamilton mengambil masa tiga tahun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Beliau memaklumkan demikian pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Bandar Hamilton di Nilai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini