Kerajaan Kelantan menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu dalam pelbagai sektor.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini selaras pelancaran Bandar Perabut di Gua Musang dan pembangunan Ladang Solar di Danau To’ Uban, Pasir Mas.

Peluang pekerjaan turut dijana melalui sektor keusahawanan melibatkan golongan belia dengan memanfaatkan aplikasi digital.
 
Ia seiring pengumuman dalam Bajet 2022 dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta bantuan untuk usahawan muda. Beliau ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks Kota Darulnaim Kota Bharu, Kelantan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini