Presiden Ukraine,  Volodymyr Zelensky melawat bandar selatan Mykolaiv yang musnah akibat perang.

Ia lawatan pertama yang dibuat di luar Kyiv sejak pencerobohan Rusia terhadap Ukraine. 

Pejabat Zelensky menerbitkan video beliau meninjau kemusnahan bangunan kediaman bertingkat di bandar itu selain mengadakan  mesyuarat dengan pegawai tempatan. Lawatan itu diadakan sehari selepas serangan Rusia meragut dua nyawa orang awam dan mencederakan 20 lagi di bandar itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini