Bandaraya Boston kecoh apabila protes membantah mandat vaksinasi dianjurkan di depan pejabat Dewan Bandarayanya.

Peserta berpendapat, penguatkuasaan mandat terhadap kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan itu akan menyukarkan tugas harian mereka.

Protes diadakan selepas datuk bandar, Michelle Wu mengumumkan pelaksanaan mandat vaksinasi terhadap pekerja Dewan Bandaraya Boston.

Menerusi aturan terbaru itu, petugas diwajibkan divaksin lengkap bermula 15 Januari.

Selain kakitangan PBT,  orang ramai yang mahu masuk ke restoran, gym dan lokasi tertutup di Boston turut dikehendaki menunjukkan bukti penerimaan vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini