68 terbunuh manakala 25 cedera dalam insiden pergaduhan membabitkan kumpulan banduan di sebuah penjara di Equador Jumaat lalu. Rusuhan yang bermula pada pukul 7 pagi itu menyaksikan kumpulan banduan bergaduh menggunakan senjata api, bahan letupan dan parang.

Gabenor wilayah Guayas, Pablo Arosemena, berkata kejadian tembak-menembak berlaku di pintu pagar penjara. Namun katanya tindakan cepat polis membantu menyelamatkan banyak nyawa.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika sekumpulan banduan cuba memasuki Blok 2 penjara berkenaan yang menempatkan pesaing mereka. Kejadian dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan di antara kumpulan banduan terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini