Vaksin COVID-19 pertama Bangladesh, Bangavax diberi perlepasan etika untuk percubaan pada manusia.

Vaksin itu dibangunkan syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech, menerima pelepasan  daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) selepas melepasi kajian terhadap dokumen percubaan haiwan sebelum ini.

Jurucakap Globe Biotech berkata, syarikat tersebut mendapat perlepasan etika dari BMRC untuk percubaan manusia melibatkan 64 peserta dewasa yang sihat.

BMRC juga dilapor memberi jaminan memberi kebenaran kegunaan meluas Bangavax jika percubaan fasa-2 dan fasa-3 menunjukkan keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Globe Biotech memohon kelulusan untuk percubaan manusia pada 1 November lalu dengan mengatakan vaksinnya telah menghasilkan keputusan yang baik dalam percubaan terhadap monyet.

Vaksin Bangavax juga dilaporkan boleh disimpan pada suhu 4 darjah Celsius selama sebulan dan negatif 20 darjah Celsius sehingga enam bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini