Pejabat Diraja Thailand (ORST)mengumumkan penukaran nama rasmi ibu negaranya, dari Bangkok menjadi Krung ThepMaha Nakhon. 

Bagaimanapun, nama Bangkok masihdigunakan, lapor agensi berita Bangkok Post.

Kabinet pada Selasa meluluskandraf pengumuman Perdana Menteri berkenaan kemas kini nama negara-negara,wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara, seperti yang disyorkan ORST.

Draf pengumuman ORST itumenyatakan Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu negaraKerajaan Thailand. 

Bagaimanapun, nama Bangkok masih kekal sebagai sandaranrujukan.Nama rasmi baharu, Krung ThepMaha Nakhon, masih belum diguna pakai selagi tidak diteliti jawatankuasa yangmenguruskan semua draf undang-undang. 

Kabinet juga akan meminta paneljawatankuasa tersebut untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan daripadaKementerian Luar. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini