Thailand bakal menamatkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Turut dirancang negara gajah putih itu, pembatalan pra-pendaftaran bagi kemasukan pelancong asing.
Perkara berkenaan diumum Pasukan Petugas Khas Covid-19 Thailand.
Menurut jurucakapnya; Taweesin Visanuyothin.. selepas ini, pemakaian pelitup muka adalah bersifat sukarela.
Ia bagaimanapun digalak dikenakan orang ramai terutama di kawasan sesak, lokasi hiburan dan pengangkutan awam.
Bemula 1 Julai pula pelancong yang masuk ke negara itu tidak lagi perlu mendaftar untuk mendapatkan Pass Thailand.
Mereka hanya perlu mengemukakan sijil vaksinasi atau mengambil ujian saringan Covid-19 sebaik tiba.
Butiran mengenai semua kelonggaran berkenaan akan diumum Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat.