Bangsa Malaysia yang berjaya menolak dan mengawal nafsu daripada melakukan yang perkara tidak baik termasuk amalan rasuah akan dihormati dan dipercayai di seluruh dunia. Jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan kepercayaan tersebut rakyat dan negara akan mendapat lebih banyak manfaat dan juga peluang untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan kejayaan. Tun Dr Mahathir berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Mei 2019 di Dataran Perdana, Putrajaya. Tambah beliau, latihan untuk mengawal nafsu perlu diamalkan seumur hidup kerana memberi manfaat kepada seseorang untuk menjadi individu yang mampu melakukan sesuatu tugas atau amanah dengan cemerlang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini